Wednesday, October 8, 2008

Kisah Bos Baru Tunjuk Power

Ni alkisah sorang mamat yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yang agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit during first day dia kat kompani tu. So, saper2 yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang tengah syok nyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu!!!" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Baper gaji awak?" dia bertanya dengan nada yg agak keras

"Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu kata balik, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALO NAK MALAS2 PERGI TEMPAT LAIN KEJA"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape yang malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos baru tu merasa puas. Sebelum bos itu masuk ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab si pekerja,"Owh, dia tu datang hantar pizza je, tak keja kat sini pun".