Tuesday, October 7, 2008

Puisi romantis suami dan isteri...

**Puisi suami buat si isteri**

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari..
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita dayung, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasakan silauan ku..

Lantas aku teringat bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku..
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain..
menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

(Nak try kahwin lagi satu la plak..ekekek..ada can..hahah)

**Balasan Puisi sang isteri**

Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang suria yang memberi cahaya..
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah Tuhan ciptakan.. Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu..
dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.... Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita..
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...matahari atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Tolong lah cik abang oiiii....!!!
Jangan la nak berangan ye

(Hampehnyer laki..)

No comments: