Tuesday, October 7, 2008

Memang mangkuk bertingkat2..hehe

Dorajambul baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Dorajambul dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Dorajambul membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Dorajambul, cuba nak mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Dorajambul meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Dorajambul pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Dorajambul meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Dorajendol... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Dorajambul menjelaskan kepada Dorajendol bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula..

Dorajendol menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

No comments: