Thursday, October 30, 2008

Hutang darah dibayar darah!!

Ada la plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi. Satu hari makwe dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan makwe dia tu kekurangan banyak darah. Oleh kerana sayang gila baban ngan makwe dia, si pakwe ni telah mendermakan banyak darah kat makwe dia ni.

Setahun dari kejadian tu, si makwe ni plak telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tu. Apa lagi, si makwe ni pun putuskanlah hubungan dia ngan pakwe dia yg lama tu.

Si pakwe ni punyalah geram, pastu dia berkata,

"Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu!!"

Si makwe yang kebetulan tengah datang bulan waktu tu pun membalingkan tuala wanitanya ke arah pakwe lama dia dan berkata,

"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!! Ko amik yang ni dulu. Bulan ni kira setel!!"

Tanam lain tumbuh lain..misteri.....

Satu hari kecoh Pak Burhanuddin panggil wartawan datang ke rumah dia. Ada kejadian pelik dan misteri katanya. Apabila wartawan sampai mereka pun bertanya.

"Ada apa yang menarik ni Pak Burhan?"

Pak Burhanuddin pun kata. "Tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu.. pelik dan misteri nusantara ni. Memang takde lagi jadi kat mana-mana ni."

"Waaa pelik ni Pak Burhan..cuba cerita kat kami camner bleh jadi macam ni."

"5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini. Aku ingat lagi sebab aku ada tandakannya kat sini." Cerita Pak Burhanuddin dengan konfiden.

"Dengan apa Pak Burhan tandakan?" Tanya wartawan dengan hairan.

"Aku tanda dengan batang ubi kayu" Jawab Pak Burhan.

Dah masuk 8 bulan ni..

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan.

Setelah mendapat gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya.

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.

Tuesday, October 28, 2008

Sad ending

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Bai roti..

Seorang penjual roti dilanggar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang. Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.

Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..dia terus merintih kesakitan.Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan..penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Teh panas teh sejuk

Ada seorang pemuda ke kedai mamak. Dia hanya ada 70 sen semasa itu.

Pemuda : Mamak, berapa harga teh panas dengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen, sejuk RM1.20.
Pemuda : Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM1.20.

Ada hati mau buka cawangan konon..

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya.

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.. heheh....

Lawak HUSM..heheh

Pada suatu hari di Hospital USM, Kubang Kerian...

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa.

"Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih deh."

Alkisah sekor kuda kepunyaan raja yang eksyen

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Aspalela dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada di antara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

"Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk. (Senak la agaknya kot...)
Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?"

Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Kisah posmen..

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?"
" Ya saya"
" Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik ni! Apsal tak pos aje?"

Thursday, October 9, 2008

Mati kena panah petir

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Terlepas hukuman..

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah..seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek.

Lalu hakim berkata.. "Kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku..kalau aku dapat menjawab..kamu akan ditahan di penjara..tapi kalau aku tidak dapat menjawab...kamu akan dibebaskan.."

Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya..saya rela dihukum...".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. Lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di ahkan.

"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..." Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan. "Cuba jawab 1253 x 254 - 45557 + (5454 x 25451) dalam masa 5 saat.."

Sambil menekan kalkulator dengan pantas, hakim memberikan jawapannya dan ternyata tepat. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.

Apabila kerusi disediakan, pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.

"Yang Ariff..dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi, hakim pun berkata.

"Kentut mu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".

Pelawak itu kemudian dibebaskan..

Debaran seorang bakal ayah

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow! mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Kesian bini mamat ni...

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Tiket keretapi

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapil elaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas dibuka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada konduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India.

Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas. Kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas di mana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Hehehee...

Wednesday, October 8, 2008

Zorro..Robin Hood..dan Si Orang Asli

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing- masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan-jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan-jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal di atas kepala perempuan itu. Zorro bermula dulu. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya ke arah epal di atas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nyer. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan megahnye jugak... si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli di situ. Dia merasa tercabar kerana dengan senang-lenangnyer pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dari jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...

"I AM SORRY... .!!"

Kisah Bos Baru Tunjuk Power

Ni alkisah sorang mamat yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yang agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit during first day dia kat kompani tu. So, saper2 yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang tengah syok nyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu!!!" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Baper gaji awak?" dia bertanya dengan nada yg agak keras

"Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu kata balik, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALO NAK MALAS2 PERGI TEMPAT LAIN KEJA"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape yang malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos baru tu merasa puas. Sebelum bos itu masuk ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab si pekerja,"Owh, dia tu datang hantar pizza je, tak keja kat sini pun".

Nasib Drakula..

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir.

"Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

"Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...".

Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir.

"Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".

Dengan tersipu2 Dracula menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!".

Ahli sihir fikir sekejap dan berkata "Kalau itu yg awak mahu..baiklah". Ahli sihir menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3.

"Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat." kata ahli sihir. "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" tanya ahli sihir. Dracula yg masih degil ini menjawab,

"Ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh..heh..heh..".

"No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita "Kotex".

HangTuah 7 Bersaudara..

Ali : Yaaaa.... ni ada satu kajian yang memang menggempaqkan... ketahuilah bahawa Hang Tuah tu sebenaqnya ada 7 saudara kesemuanya!

Amat : Eh ko ni biau betol, aku yang orang Melake ni pun tak pernah pun tau mende ni?Klentong ah!

Ali : Ya la Amat oi..betui, tak percaya tanya aku!

Amat : O.k. Kalu macam tu sape lagi 2 orang tu?

Ali : Hang betui2 nak tau ka?

Amat : Eh mesti le... aku kan orang Melake, mesti nak tau punye....

Ali : Yang dua orang lagi tu ialah HANG TANYA, HANG BODOH!

Amat : Lahabau betol! Terkene aku!!!!!!

Timbang berat..

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung..ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah orang ramai. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer menjawab.

"47 kg! "

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab.

"52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer mengeluarkan jawapan.

"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

Kuruskan badan punya hal..

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,"Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."

Mamat tu pun berkata, "saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."

"Ok, Encik sila masuk ke bilik no. 5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk la ke bilik tu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk, berpeluh.

Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik tu. Mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar sampai 10 minit pun tak dapat lagi. Tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg.

"Wow.. memang senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM50 tadi" katanya seorang diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tu balik. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' plak.

"Baiklah, Encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit di dalam bilik tu, datangla seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakaiannya. Body builder tu berkata, "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat .... heheheheheee..Nyam nyam"

Kisah Bihun dan Maggi

Bihun memang tak puas hati giler ngan mee maggi. Walau duduk kat rak bersebelahan di supermarket, diorang tak pernah pun bertegur sapa. Bihun pun selalu gak mempersendakan mee maggi di khalayak ramai.

"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"

Setiap hari berlalu... namun mee maggi buat dek je la dengan segala macam kerenah dan hinaan si bihun.

Sehinggalah ada satu hari ni..pekerja supermarket alihkan rak mee maggi ke tempat lain. Bihun gembira teramat sangat sebab tak payah lagi tengoh musuh tradisinya tu.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak tu rak untuk spaghetti. Bihun rasa marah la balik. Bihun pun teriak.

"Hoi, si kuning gemuk! Jangan fikir ko dah buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko lagi!!!Bleh jalan la ko!!!!!"

Guna tepon kat tempat keja je..

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon di tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Bibik: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon di tempat bekerja. Sama juga dengan saya. Tentu boleh sekali..

Misteri lampu toilet..

Satu hari Pak Maun terbangun malam. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Pak Maun sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri.

Bini Pak Maun yg dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata..

"Dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???

Tuesday, October 7, 2008

Hadiah sempena mimpi

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya,

“Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di birthday Ayang. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa sexcited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“....

Memang mangkuk bertingkat2..hehe

Dorajambul baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Dorajambul dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Dorajambul membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Dorajambul, cuba nak mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Dorajambul meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Dorajambul pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Dorajambul meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Dorajendol... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Dorajambul menjelaskan kepada Dorajendol bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula..

Dorajendol menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

Cakap mesti serupa bikin..hehe

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stock ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata..

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Sekali kena 80 sen daaa...

PADAH MENIPU..

Seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. "Buang dulu bayar kemudian"

Semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SEN
BUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni. Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan dia pun keluar la untuk membayar duit tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia.

"Adik kencing ke buang air besar?"

Untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"

Makcik tu cakap tak cukup. "Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kamu pasti buang air kecil sekali.." Maka mamat ni pun dengan bengangnyer bayar je la 80 sen kepada makcik itu...ha ha ha

P/S : Ye tak ye jugak ek..kalo kita buang yg besar secara automatiknyer terbuang yg kecik sekali. Hehehe..

Bila dua produk berbalah

Kondom cap Durex: Apa la ko ni! Setiap bulan ko mesti rosakkan bisnes aku selama seminggu!! Siot je..

Kotex: Aaaaahhhhh!! Ko tu lagi la..kalo tersilap walau sekali je pun..bisnes aku bleh tak laku sampai 9 bulan tau tak!!

Pentingnya menumpukan perhatian

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk…

SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!

Persamaan atau perumpamaan..

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Pastu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si suami terkedu sebab dia tau pasni kadi akan tanye dia lak. "Ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni."

Kadi pun tanye si suami... "hah... kamu...bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Si suami tu plak kata..."Hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "

Mana part yg sakit sebenarnya? Hihi..

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada di hadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali..

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang, mari saya periksa telinga makcik."

Kucing tak sesat..si abang plak yang sesat

Di sebuah pekan kecil di pinggir bandar. Seorang abang yang penyayang tetapi cukup membenci seekor kucing yang dipelihara oleh 3 orang adik perempuannya. Pantang nampak kucing menyelinap di depan mata di sumpah seranahnya si kucing macam binatang tu paham pulak bahasa manusia.

Suatu hari tanpa pengetahuan adik-adikya, dia memutuskan untuk membuang kucing itu sejauh 200 meter dari rumahnya. Namun setibanya si abang di rumahnya, kucing itu sudah berjalan melintasi halaman rumah... Pelik sungguh!

Keesokan harinya, Si Abang belum berputus asa lagi sambil berjogging dia mengendong kucing dan memutuskan untuk membuang lagi kucing itu sejauh 2 km dari rumahnya dan meninggalkan kucing itu di taman. Tetapi ketika dia memasuki halaman rumahnya, kucing itu sedang bermain-main dengan adik-adiknya di halaman rumah!

Dia selalu cuba membuang kucing itu ke tempat-tempat yang lebih jauh tetapi setiap kali itu juga si kucing itu kembali ke rumah!

Akhirnya tanpa pengetahuan adik-adiknya disuatu malam, dia memutuskan untuk memandu keretanya sejauh 20 km, lalu belok ke kanan, belok ke kiri, menyusuri lorong-lorong mati, merentasi jambatan, terowong, jalan separuh siap sehingga ke suatu tempat yang dianggapnya jauh sekali dari rumahnya. Lalu dia meninggalkan kucing itu di sana.

Beberapa jam kemudian Si Abang menelefon adiknya dan bertanya tentang kucing yg telah di buangnya, "Kucing korang ada kat rumah tak?"

"Ada!", jawab salah seorang adiknya melalui handphonenya."Pasal apa abang tanya?"

Dengan nada kecewa Si Abang menjawab, "Bagi telepon kat kucing ko. Abang tersesat ni, nak tanya kucing tu macamana jalan balik rumah!"

Si Adik sangat konfius dengan apa yang di dengarnya, "Dah tak betul ke abang aku ni?"

Saper yang paling malas?

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya..

“Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata..

“Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata..

“Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Puisi romantis suami dan isteri...

**Puisi suami buat si isteri**

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari..
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita dayung, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasakan silauan ku..

Lantas aku teringat bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku..
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain..
menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

(Nak try kahwin lagi satu la plak..ekekek..ada can..hahah)

**Balasan Puisi sang isteri**

Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang suria yang memberi cahaya..
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah Tuhan ciptakan.. Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu..
dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.... Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita..
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...matahari atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Tolong lah cik abang oiiii....!!!
Jangan la nak berangan ye

(Hampehnyer laki..)

Buka cawangan..

Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang lubangnya mengadah ke atas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya.

Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang
lagi satu?

Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya memutuskan untuk menambah cawangan.

Strategi si suami cari bini hilang..

Pada satu petang, Usin pergi ke Jaya Jusco dgn wife dia untuk shopping baju, Wife dia pergi ke bahagian wanita, Usin gi tengok2 bahagian kanak-kanak sebelah tu je. Entah macam mana, Usin terjumpa Manap (kawan Usin),sembang2 la kejap pasal lama tak jumpa. Pastu Manap pun blah, gi survey kasut kat Bata, Usin pun cari le wife dia. cari punya la cari, tak jumpa. Pastu Usin nampak sorang salesgirl yg cun gila kat bahagian jual pinggan mangkuk tu. then dia pergi ke arah salesgirl tu.

"Assalamualaikum, Wife saya hilang, boleh saya bersembang dgn awak dlm lebih kurang 5 minit" kata Usin kat salesgirl cun tu.

"Apasal pulak ?" salesgirl tu tertanya2.

Usin jawap.."Tak tau la, tiap kali saya cakap dgn pompuan cantik, wife saya muncul je"

Si Gila Hanif & Tony

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia hospital Tampoi. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam. Apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui org atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata,

"Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab,

"Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

Dapat RM10..Rugi RM190..hehe

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunselor menyusup masuk pasar jual ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi dan bertanya :

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya?"

"Tentu saja!" jawab pakar kaunselor...Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar kaunselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut. Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya, dia bertemu sekeping surat dari pakar kaunselor tersebut. Kandungannya :

"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

Gangster..si bisu..dan pakar bahasa isyarat

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.Walau bagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.

Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "