Thursday, October 30, 2008

Hutang darah dibayar darah!!

Ada la plak cerita pasal sepasang kekasih nih yang dah ber'couple' sejak bangku sekolah lagi. Satu hari makwe dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan makwe dia tu kekurangan banyak darah. Oleh kerana sayang gila baban ngan makwe dia, si pakwe ni telah mendermakan banyak darah kat makwe dia ni.

Setahun dari kejadian tu, si makwe ni plak telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tu. Apa lagi, si makwe ni pun putuskanlah hubungan dia ngan pakwe dia yg lama tu.

Si pakwe ni punyalah geram, pastu dia berkata,

"Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu!!"

Si makwe yang kebetulan tengah datang bulan waktu tu pun membalingkan tuala wanitanya ke arah pakwe lama dia dan berkata,

"Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!! Ko amik yang ni dulu. Bulan ni kira setel!!"

1 comment:

DrSam said...

salam,

memang kelakar walaupun meloyakan.