Tuesday, October 7, 2008

Dapat RM10..Rugi RM190..hehe

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunselor menyusup masuk pasar jual ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi dan bertanya :

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya?"

"Tentu saja!" jawab pakar kaunselor...Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar kaunselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut. Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya, dia bertemu sekeping surat dari pakar kaunselor tersebut. Kandungannya :

"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

No comments: