Friday, January 30, 2009

Orang asli dan jam dinding

Ada suatu hari tu sorang ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam satu operasi.

Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut apabila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan yang menjadi simbol kemegahan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk baguslah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...Beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"Ooooh...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Anak yang patuh pada pesan ibu

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 7 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belum?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur je la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh .. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu dia bertanya kepada para penumpang.."Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh ! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.."Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Thursday, January 29, 2009

Jagung dan ayam

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ye doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ye ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Interview naik pangkat

Baper hari yang lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biasalah nanti kalo nak naik pangkat mestilah amik ujian bertulis dan pastu barulah ujian lisan plak (temuduga lah tu). Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ada 3 calon dari Terengganu telah dipilih untuk ditemuduga. Kebetulan plak 3 calon ni adalah peserta ketiga yang pertama. Apa lagi gelabah diorang ni.

Calon yang nombor satu mula la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak calon yang kedua ni.... "Mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Pastu bersuara la plak calon yang ketiga ni dengan berlagak macho seraya berkata "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, nama calon yang pertama ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, calon yang pertama ni pun kuar lah. Apa lagi macam kera kena belacan la calon nombor dua ni. Terus dia tanya apa soalan yang ditanya oleh tukang interbiu tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiu tanye mu tadi???".

Calon nombor satu tadi pun jawab, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... CEO TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Dato' Sri Che Kalib Mohd Noh".

Calon nombor dua plak menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu menyampuk le plak calon ketiga yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiu tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buatla gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name CEO TNB tu".

Apa lagi... calon kedua ni pun suka la dengar idea bernas member dia tu. Tapi dia tak tahu yang member dia si nombor tiga tu pun panik gak, sebab dia pun tak tahu nak sebut macam mana.

Nama calon nombor dua pun dipanggil.... Dalam 20 minit calon nombor dua tak kuar2 lagi. Calon yang nombor tiga panik lah naper member dia tu tak kuar2 lagi. 5 minit pastu, kuar la si nombor dua ni dengan muka tersenyum. Calon nombor tiga pun tanya la, apa soalan yang kuar, jawab la kawan no. dua ni,

"Susoh gok soalang die tapi soalang CEO TNB tu aku buleh jawab... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiu tok nampok aku selok tadi".

Calon no. tiga ni panik lagi skali. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name CEO TNB tu".

Jawab lah member no. dua ni tadi. "Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Si no. tiga plak jawab, "Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Apa lagi kelam kabut le dia. Tiba-tiba calon no. satu yang dari tadi berdiam diri pun bagi idea.....

"Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Apa lagi bergegas la diorang berdua ni pegi toilet untuk berpindah suar dalam. Tak lama pastu nama calon no. tiga ni pun kena panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rasa confident yang amat sangat dia pun ni masuk dalam bilik interbiu tu.

Tak sampai 10 minit dia ni kuar sambil tergaru-garu kepala dengan muka kepelikan + bengong. Member dia yang dok luar ni tanya la naper kuar awal sangat? Kata calon no. tiga, masa ahli panel tanya nama CEO TNB tu, dia jawab je la. Tapi, tak pasal-pasal semua ahli panel suka sampaikan ada yang mengalir-alir air mata tak tahan sangat.

Pastu member2 dia ni tanya la, masa ahli panel ni tanya nama CEO TNB tu, apa yang dia jawab. Dengan confident dia bagitau dengan kuat dan lantang................."Datuk Seri Calvin Klien".

Rupa-rupanya masa calon no.3 ni berpindah seluar dalam tadi, dia dah terpakai terbalik rupanya yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Nama CEO TNB kat belakang, nama jenama spenda tu pulak kat depan. Tergelak besarlah member2 yang dua orang lagi tu.....

Sunday, January 25, 2009

Sabun, deodorant, minyak wangi & shampoo baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”

Belajar mengira

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya,

“Siapa yang pandai mengira?”

Amir Shah mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai mengira?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”

“Sepuluh…”, jawab Amir Shah.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar mengira.

"Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Amir Shah menjawab, “Jack, Queen, dan King.”

Kalo makan tu baca la doa ye

Di suatu malam yang hening... Pak Osman dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yangg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu Pak Osman ni pun baliklah bersama bininya malam tu. Semasa sedang makan malam tu, Pak Osman tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Osman nie asyik terkentot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir,

"Awak makan apa sampai jadi camni?".

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat Pak Osman memang suci...

Honeymoon

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. SITI, SERI, MURNI dan SURI. Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

SITI berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari SITI yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si SITI tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkhabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Akan tetapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Bukan tiap masa suami tak setuju ngan isteri..

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya. Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya.

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju tau.

Isteri: Mana ada bang oiii.. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya.

Suami: Mesti ada punya cuma tak kena tempat je la kot...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Ok, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... saya kerat 8 awak nanti!!

Suami: Aii.. bila saya setuju awak marah pulak...!!!