Sunday, January 25, 2009

Kalo makan tu baca la doa ye

Di suatu malam yang hening... Pak Osman dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yangg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu Pak Osman ni pun baliklah bersama bininya malam tu. Semasa sedang makan malam tu, Pak Osman tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Osman nie asyik terkentot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir,

"Awak makan apa sampai jadi camni?".

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat Pak Osman memang suci...

No comments: