Sunday, January 25, 2009

Belajar mengira

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya,

“Siapa yang pandai mengira?”

Amir Shah mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai mengira?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”

“Sepuluh…”, jawab Amir Shah.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar mengira.

"Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Amir Shah menjawab, “Jack, Queen, dan King.”

No comments: