Thursday, January 29, 2009

Interview naik pangkat

Baper hari yang lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biasalah nanti kalo nak naik pangkat mestilah amik ujian bertulis dan pastu barulah ujian lisan plak (temuduga lah tu). Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ada 3 calon dari Terengganu telah dipilih untuk ditemuduga. Kebetulan plak 3 calon ni adalah peserta ketiga yang pertama. Apa lagi gelabah diorang ni.

Calon yang nombor satu mula la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak calon yang kedua ni.... "Mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Pastu bersuara la plak calon yang ketiga ni dengan berlagak macho seraya berkata "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, nama calon yang pertama ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, calon yang pertama ni pun kuar lah. Apa lagi macam kera kena belacan la calon nombor dua ni. Terus dia tanya apa soalan yang ditanya oleh tukang interbiu tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiu tanye mu tadi???".

Calon nombor satu tadi pun jawab, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... CEO TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Dato' Sri Che Kalib Mohd Noh".

Calon nombor dua plak menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu menyampuk le plak calon ketiga yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiu tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buatla gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name CEO TNB tu".

Apa lagi... calon kedua ni pun suka la dengar idea bernas member dia tu. Tapi dia tak tahu yang member dia si nombor tiga tu pun panik gak, sebab dia pun tak tahu nak sebut macam mana.

Nama calon nombor dua pun dipanggil.... Dalam 20 minit calon nombor dua tak kuar2 lagi. Calon yang nombor tiga panik lah naper member dia tu tak kuar2 lagi. 5 minit pastu, kuar la si nombor dua ni dengan muka tersenyum. Calon nombor tiga pun tanya la, apa soalan yang kuar, jawab la kawan no. dua ni,

"Susoh gok soalang die tapi soalang CEO TNB tu aku buleh jawab... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiu tok nampok aku selok tadi".

Calon no. tiga ni panik lagi skali. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name CEO TNB tu".

Jawab lah member no. dua ni tadi. "Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Si no. tiga plak jawab, "Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Apa lagi kelam kabut le dia. Tiba-tiba calon no. satu yang dari tadi berdiam diri pun bagi idea.....

"Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Apa lagi bergegas la diorang berdua ni pegi toilet untuk berpindah suar dalam. Tak lama pastu nama calon no. tiga ni pun kena panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rasa confident yang amat sangat dia pun ni masuk dalam bilik interbiu tu.

Tak sampai 10 minit dia ni kuar sambil tergaru-garu kepala dengan muka kepelikan + bengong. Member dia yang dok luar ni tanya la naper kuar awal sangat? Kata calon no. tiga, masa ahli panel tanya nama CEO TNB tu, dia jawab je la. Tapi, tak pasal-pasal semua ahli panel suka sampaikan ada yang mengalir-alir air mata tak tahan sangat.

Pastu member2 dia ni tanya la, masa ahli panel ni tanya nama CEO TNB tu, apa yang dia jawab. Dengan confident dia bagitau dengan kuat dan lantang................."Datuk Seri Calvin Klien".

Rupa-rupanya masa calon no.3 ni berpindah seluar dalam tadi, dia dah terpakai terbalik rupanya yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Nama CEO TNB kat belakang, nama jenama spenda tu pulak kat depan. Tergelak besarlah member2 yang dua orang lagi tu.....

No comments: